Gerai-gerai makanan juga meriah dengan pelanggan. Ada yang berkumpulan dan ada datang bersama keluarga.
Begitulah meriah suasana di tengah malam hari minggu dan cuti umum di Pusat
Rekreasi Air Panas di Ulu Legong, Baling, Kedah Darul Aman.
Sehinggakan ada yang sanggup datang dari Johor untuk menguji kemujaraban keajaiban alam ini.
Majlis Daerah Baling (MDB) yang bertanggungjawab menguruskan tempat ini menyediakan kemudahan yang lengkap seperti pondok rehat, tandas, kedai, dan surau bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.
Malah, kolam besar dan bertingkat dibina bagi menakung air yang keluar dari kolam utama untuk memberi keselesaan kepada pengunjung untuk bersantai, termasuk kolam khas untuk kanak-kanak.
Pengunjung dilarang masuk ke kolam utama kerana suhunya yang panas dan
tidak sesuai untuk tubuh badan manusia.
Dari dasarnya dapat dilihat air yang menggelegak dan asap yang berkabus memenuhi segenap ruang angkasanya.
Pihak MDB juga dalam proses meluaskan kawasan perkelahan ini dengan menambah kolam dan chalet dan dijangka siap sepenuhnya Julai ini.
Lebih menarik, kolam ala jakuzi juga bakal menjadi tarikan baru di sini.
Di samping berendam dan terapi dengan air panas, orang ramai juga dapat menikmati panaroma anak sungai berbatu yang merentangi pusat ini.
Di sini turut disediakan kemudahan urutan refleksologi bagi mereka yang keletihan berendam dalam kolam dan pengunjung berpeluang menikmati ais krim buatan sendiri yang ada dijual di sini.
Pusat Rekreasi Air Panas ini semakin menjadi pilihan agensi kerajaan, sekolah dan IPT untuk mengadakan kursus, seminar dan juga program.
Ia mempunyai kemudahan yang lengkap dan sesuai untuk tujuan tersebut seperti dewan ceramah, kafeteria dan kemudahan penginapan setaraf hotel.
Terdapat enam unit chalet biasa, dua unit chalet VIP dan beberapa unit dormitary untuk peserta dan pengunjung yang ingin menginap.
Bagi yang ingin bermalam, bolehlah berurusan dengan pihak MDB.
Selain itu, penginapan secara homestay yang diusahakan penduduk sekitar turut memberi nilai tambah pada pusat ini.
Kawasan rekreasi yang terletak 20 kilometer dari pekan Baling ini bukan saja terkenal dengan air panasnya, tetapi perkampungan Orang Asli yang satu-satunya wujud di Kedah.
Masa paling sesuai datang ke sini ialah waktu lewat malam kerana suasana menjadi semakin meriah dan hangat, sehangat air di kolam berkenaan.
No comments:
Post a Comment