Monday, December 31, 2012
Saturday, December 1, 2012
Tawan Pulau-pulau di Kedah
Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin
KELAB Kenu Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan pelbagai program bagi membentuk komitmen dan jati diri mahasiswa berdepan cabaran.
Terbaru, kelab itu menganjurkan ekspedisi menakluki empat pulau di perairan Yan, Kedah bagi menguji dan mencabar kemampuan emosi juga fizikal 50 peserta.
Pengarah projek, Nor Aisah Musa, berkata ekspedisi itu bukan saja
mencabar malah memberi pengalaman baru kepada peserta mengukuhkan
keyakinan serta kemampuan diri berdepan situasi getir.
“Menerusinya, mereka bukan sekadar ‘berperang’ dengan keletihan fizikal malah perlu menguatkan emosi supaya tidak mudah tunduk pada tekanan.
“Program ini memberi suntikan dan kekuatan kepada peserta selain mempersiapkan mereka dengan minda kuat serta positif,” katanya.
Selama empat hari, mereka berkayak mengelilingi beberapa pulau selain melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menguji minda, memasak dan membersihkan pantai.
Penasihat Kelab Kenu UUM, Mejar (B) Kamaludin Chin, yakin aktiviti lasak itu mampu menjadikan graduan lebih bersedia.
“UUM bukan saja menekankan aspek akademik malah kemahiran lain turut diberi keutamaan kerana kita mahu melahirkan graduan serba boleh.
“Melalui aktiviti ini, mereka bukan saja terdedah kepada cabaran malah membentuk pengalaman baru sebagai sebuah komuniti,” katanya.
Peserta, Rafidah Rahmat, berkata dia cukup teruja menyertai program itu biarpun dilanda perasaan gusar kerana kali pertama menyertainya.
“Biarpun terlalu penat mengharungi cabaran saya seronok dan pengalaman ini mampu menjadikan saya lebih optimis pada masa depan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/25
KELAB Kenu Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan pelbagai program bagi membentuk komitmen dan jati diri mahasiswa berdepan cabaran.
Terbaru, kelab itu menganjurkan ekspedisi menakluki empat pulau di perairan Yan, Kedah bagi menguji dan mencabar kemampuan emosi juga fizikal 50 peserta.
“Menerusinya, mereka bukan sekadar ‘berperang’ dengan keletihan fizikal malah perlu menguatkan emosi supaya tidak mudah tunduk pada tekanan.
“Program ini memberi suntikan dan kekuatan kepada peserta selain mempersiapkan mereka dengan minda kuat serta positif,” katanya.
Selama empat hari, mereka berkayak mengelilingi beberapa pulau selain melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menguji minda, memasak dan membersihkan pantai.
Penasihat Kelab Kenu UUM, Mejar (B) Kamaludin Chin, yakin aktiviti lasak itu mampu menjadikan graduan lebih bersedia.
“UUM bukan saja menekankan aspek akademik malah kemahiran lain turut diberi keutamaan kerana kita mahu melahirkan graduan serba boleh.
“Melalui aktiviti ini, mereka bukan saja terdedah kepada cabaran malah membentuk pengalaman baru sebagai sebuah komuniti,” katanya.
Peserta, Rafidah Rahmat, berkata dia cukup teruja menyertai program itu biarpun dilanda perasaan gusar kerana kali pertama menyertainya.
“Biarpun terlalu penat mengharungi cabaran saya seronok dan pengalaman ini mampu menjadikan saya lebih optimis pada masa depan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/25
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anda mungkin meminati
-
PULAU Pinang memang terkenal sebagai negeri yang mempunyai banyak tempat menarik. Pantai Batu Feringgi, Padang Kota Lama dan Bukit Bendera ...
-
MEMANFAATKAN cuti hujung minggu bersama keluarga mandi-manda di lokasi air terjun yang dikelilingi keindahan alam semula jadi adalah saa...
-
MUSIM cuti sekolah kembali lagi. Pastinya pelbagai perancangan dan aktiviti direncanakan ibu bapa untuk dimanfaatkan sepenuhnya. Perlis I...
-
Di bulan Ramadan ini, pelbagai juadah istimewa dan unik boleh dilihat sedangkan pada bulan lain, ia tidak boleh diperoleh. Bagi pengge...
-
Kejohanan Langkawi Ironbound 24Hours Challenges 2013 (LIBC 2013) membantu merancak industri pelancongan tempatan dan negara ini. Kej...