Tu dia,,,,yang asli,,terus dari pokok |
Malah, kunjungan ke daerah itu tidak akan lengkap tanpa menikmati minuman segar yang menyihatkan.
Nira nipah mempunyai banyak kelebihan dan amalan minum air berkenaan dapat menyejukkan badan serta membantu merawat demam.
Ia menjadi lebih lazat jika dihidangkan bersama ketulan ais terutama pada musim panas.

Tidak hairanlah sepanjang jalan menuju ke daerah ini ada deretan gerai menjual nira nipah yang setia menerima pelanggan dan antara lokasi yang menjadi tumpuan ialah Laman Nira Yon.
Dikelilingi pokok nipah dan sawah padi, pelanggan dapat menikmati minuman berkenaan dalam keadaan santai.
Malah, dengan harga RM10 untuk satu jag, pelanggan dapat menikmati minuman itu sehingga puas bersama sepinggan kacang goreng.
Nira yang segar ini diambil terus daripada pokok nipah di persekitaran. Pelanggan yang bertuah juga dapat melihat proses penghasilannya.
Seorang pengusaha, Khairun Nizam Musa, 36, atau lebih dikenali sebagai Yon berkata, perniagaan yang diusahakannya tiga tahun lalu diwarisi daripada arwah
bapanya.
“Pada setiap hari, kira-kira 70 bungkus nira nipah dapat dihasilkan. Nira segar ini diambil tiga kali sehari,” katanya.
Menurutnya, selain menjual terus kepada pelanggan, dia turut membekalkan nira berkenaan kepada peniaga di seluruh negeri itu.
“Perniagaan ini diusahakan bersama ibu dan ibu saudara. Kami tidak menang tangan menerima tempahan daripada pelanggan yang menganjurkan pelbagai majlis keraian,” katanya.
Ibu saudaranya, Rohana Hassan, 37, berkata, nira nipah dihasilkan mereka mempunyai khasiat tersendiri.
“Dipercayai ia dapat mencuci buah pinggang dan melawaskan kencing. Malah, cuka nipah yang dihasilkan juga mampu mengurangkan risiko penyakit darah tinggi,” katanya.
Seorang pelanggan, Mohd Azhar Mohd Isa berkata, biarpun ramai pengusaha yang menjalankan perniagaan sama, dia bersama rakan sudah menjadi pelanggan tetap gerai berkenaan.
“Kami sering datang ke sini kerana rasa niranya yang lebih asli, selain rasa manisnya juga berbeza.
“Oleh itu, bagi menikmati kesegaran dan khasiat nira ini, kami kerap berkunjung ke Laman Nira Yon,” katanya.
Laman Nira Yon mudah dikenali berdasarkan lokasinya dikelilingi pokok nipah dan berkedudukan 100 meter dari jalan utama.
Bagi mereka yang datang dari Alor Setar perlu belok ke kanan persimpangan Sedaka menuju ke Jambatan Pulau Bunting.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/01/06
No comments:
Post a Comment