Lantaran itu, Jabatan Belia dan Sukan Perlis mengambil inisiatif
menganjurkan Perlis Bike Week 2013 sempena Festival Belia Perlis 2013,
baru-baru ini.
Pegawai Pembangunan Sukan dan Rekreasi JBS Perlis, Zulkernaein Wahad berkata, pihaknya melihat golongan itu berpotensi diketengahkan dengan kerjasama Perlis Motor Sport Club.
“Selain menghimpunkan peminat dan pemilik motosikal dari pelbagai kategori di utara tanah air, kami mengadakan satu pertandingan dikenali sebagai ‘Riding Skill Time Time Attack’.
“Pertandingan yang menarik perhatian ramai ini memerlukan penunggang melalui laluan berliku sejauh 350 meter. Penunggang yang terpantas serta menamatkan ujian dengan penalti minimum dikira pemenang,” katanya.
Penyelaras programnya, Mohd Aduha Rosli berkata, pertandingan motosikal cantik kerap dianjurkan, jadi pihaknya merasakan satu kelainan apabila membawa pertandingan ‘Riding Skill Time Time Attack’ ke negeri itu.
Menurutnya, dua kategori dipertandingkan iaitu Supercubcai membabitkan motorsikal 150 cc ke bawah dan Big Bike yang menggunakan jentera bersesaran melebihi 150 cc.
“Biarpun hanya 19 penunggang mengambil bahagian, pihak kami berbangga kerana dapat mencungkil bakat anak muda tempatan.
“Lebih menarik, pertandingan itu turut disertai penunggang cilik berumur lapan tahun. Bagi kami, semua peserta adalah pemenang kerana berani menyahut cabaran berbanding mereka yang hanya berani berlumba di jalan raya,” katanya.
Pertandingan di perkarangan Stadium Utama Kangar itu dimenangi pasukan Azhar Motorsport dari Pulau Pinang bagi kategori Supercubcai, manakala Big Bike dimenangi pasukan Supermoto Perlis.
Hadiah disampaikan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perlis, Shamsul Tahrin Mohd Tahir.

No comments:
Post a Comment