Menjelang malam, otak pasti ligat memikirkan
menu apakah yang akan dijamah untuk makan malamnya. Sekiranya sudah jemu dengan
nasi atau makanan ruji yang lain, apa kata malam ni ini kita mencuba makanan
ala steamboat pula.
Jika
dahulu, amat sukar untuk menemui premis-premis yang menyediakan stemboat ini,
terutamanya secara layan diri dan pastinya yang halal. Jika adapun, kebanyakannya
diragui status kehalalannya.
Kini,
jika berada di Bandaraya Alor Setar dan berkeinginan menikmati hidangan
steamboat, singgahlah ke BBQ Steamboat yang terletak enam kilometer dari pusat
bandar.
Konsepnya
yang santai dan terbuka menarik perhatian pengunjung dari pelbagai lapisan.
Tambahan pula, perkhidmatan wifi percuma yang disediakan menjadikan ia lokasi kegemaran golongan remaja.
Menurut
pemiliknya, Puan Noraini Sulaiman, konsep steamboat ini timbul setelah
memerhatikan di Alor Setar belum ada ada restoren stemboat, kebanyakannya
adalah masakan Thai dan nasi kandar. Usaha beliau mencubanya setahun lalu tidak
sia-sia kerana saban malam, semua meja yang mampu memuatkan hampir 200 orang pelanggan
sentiasa penuh. Malah, menjelang malam minggu atau cuti umum, ramai yang
terpaksa pulang hampa tiada lagi meja yang kosong.
Dengan
membayar RM 17 untuk dewasa dan RM 10, para pelanggan boleh memilih sesuka hari
pelbagai bahan untuk menyiapkan sendiri juadah mereka. Terdapat pelbagai jenis makanan
laut, daging, ayam yang diperap dengan macam-macam cara dan sayur-sayuran yang boleh dipilih bersama sup
ayam atau tomyam berserta nasi goreng mee goreng sedia menanti pengunjung.
Sesuai
dengan slogannya “Makan Sampai Puas”, dengan membayar harga tersebut, pelanggan
boleh makan apa sahaja sehingga restoren menutup operasinya pada jam 12 malam Lebih
menarik, para pengunjung dapat menyediakan sendiri air batu campur mereka
mengikut citarasa masing-masing. Kanak-kanak pula pasti suka dengan aiskrim
pelbagai perisa yang turut disediakan secara percuma di sini.
Di
samping itu, menjelang bulan Ramadhan ini, pihak BBQ Steamboat turut
menganjurkan pertandingan fotografi pelanggaan yang pernah ke sini dan
hadiahnya semestinya dapat berbuka puasa secara percuma di sini bersama
keluarga.
Dengan tempat kereta yang luas dan lokasinya
yang berhadapan Hospital Sultanah Bahiyah, menjadikan BBQ Steamboat ini mudah
untuk dikunjungi. Andainya anda berhasrat untuk datang bersama keluarga atau
rakan-rakan terutama untuk meraikan sesuatu, eloklah membuat tempahan meja
terlebih dahulu akan kehadiran anda nanti tidak akan mengecewakan anda
sekeluarga
Boleh bg contact number n lokasi..tq
ReplyDeleteBoleh bg contact number n lokasi..tq
ReplyDelete