Monday, December 31, 2012
Saturday, December 1, 2012
Tawan Pulau-pulau di Kedah
Oleh Mohd Sharumnisham Shahbudin
KELAB Kenu Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan pelbagai
program bagi membentuk komitmen dan jati diri mahasiswa berdepan
cabaran.
Terbaru, kelab itu menganjurkan ekspedisi menakluki empat pulau di perairan Yan, Kedah bagi menguji dan mencabar kemampuan emosi juga fizikal 50 peserta.
Pengarah projek, Nor Aisah Musa, berkata ekspedisi itu bukan saja
mencabar malah memberi pengalaman baru kepada peserta mengukuhkan
keyakinan serta kemampuan diri berdepan situasi getir.
“Menerusinya, mereka bukan sekadar ‘berperang’ dengan keletihan fizikal malah perlu menguatkan emosi supaya tidak mudah tunduk pada tekanan.
“Program ini memberi suntikan dan kekuatan kepada peserta selain mempersiapkan mereka dengan minda kuat serta positif,” katanya.
Selama empat hari, mereka berkayak mengelilingi beberapa pulau selain melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menguji minda, memasak dan membersihkan pantai.
Penasihat Kelab Kenu UUM, Mejar (B) Kamaludin Chin, yakin aktiviti lasak itu mampu menjadikan graduan lebih bersedia.
“UUM bukan saja menekankan aspek akademik malah kemahiran lain turut diberi keutamaan kerana kita mahu melahirkan graduan serba boleh.
“Melalui aktiviti ini, mereka bukan saja terdedah kepada cabaran malah membentuk pengalaman baru sebagai sebuah komuniti,” katanya.
Peserta, Rafidah Rahmat, berkata dia cukup teruja menyertai program itu biarpun dilanda perasaan gusar kerana kali pertama menyertainya.
“Biarpun terlalu penat mengharungi cabaran saya seronok dan pengalaman ini mampu menjadikan saya lebih optimis pada masa depan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/25
KELAB Kenu Universiti Utara Malaysia (UUM) melaksanakan pelbagai
program bagi membentuk komitmen dan jati diri mahasiswa berdepan
cabaran. Terbaru, kelab itu menganjurkan ekspedisi menakluki empat pulau di perairan Yan, Kedah bagi menguji dan mencabar kemampuan emosi juga fizikal 50 peserta.
“Menerusinya, mereka bukan sekadar ‘berperang’ dengan keletihan fizikal malah perlu menguatkan emosi supaya tidak mudah tunduk pada tekanan.
“Program ini memberi suntikan dan kekuatan kepada peserta selain mempersiapkan mereka dengan minda kuat serta positif,” katanya.
Selama empat hari, mereka berkayak mengelilingi beberapa pulau selain melakukan pelbagai aktiviti menarik yang menguji minda, memasak dan membersihkan pantai.
Penasihat Kelab Kenu UUM, Mejar (B) Kamaludin Chin, yakin aktiviti lasak itu mampu menjadikan graduan lebih bersedia.
“UUM bukan saja menekankan aspek akademik malah kemahiran lain turut diberi keutamaan kerana kita mahu melahirkan graduan serba boleh.
“Melalui aktiviti ini, mereka bukan saja terdedah kepada cabaran malah membentuk pengalaman baru sebagai sebuah komuniti,” katanya.
Peserta, Rafidah Rahmat, berkata dia cukup teruja menyertai program itu biarpun dilanda perasaan gusar kerana kali pertama menyertainya.
“Biarpun terlalu penat mengharungi cabaran saya seronok dan pengalaman ini mampu menjadikan saya lebih optimis pada masa depan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/03/25
Subscribe to:
Comments (Atom)
Anda mungkin meminati
-
Di bulan Ramadan ini, pelbagai juadah istimewa dan unik boleh dilihat sedangkan pada bulan lain, ia tidak boleh diperoleh. Bagi pengge...
-
JAM melewati 12 tengah malam. Namun, semakin banyak kenderaan menuju ke sini. Kereta, motosikal dan bas rombongan bergerak perlahan-lahan...
-
Kedah Darul Aman antara negeri yang kaya dengan warisan sejarah serta menjadi tarikan pelancong tempatan dan asing. Pelbagai tempat ...
-
Teks dan gambar Mohd Sharumnisham Shahbudin rencana@hmetro.com.my Sekitar tahun 1982 sehingga 1991, reptilia sepanjang tujuh meter i...
-
BAGI pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) yang melewati bandaraya Ipoh, Perak pasti terpandang papan tanda atas puncak bukit yang te...
.jpg)