Persepsi masyarakat apabila menyebut muzium, ia pastinya artifak atau koleksi yang kaku dan tidak menarik walaupun mempunyai nilai sejarah yang tinggi,
Justeru, bagi membuang tanggapan itu, Muzium Negeri Kedah mengorak langkah
dengan mengadakan pameran ular bagi menarik perhatian orang ramai termasuk
pelancong.
Terbukti, pameran “Bisa Berbisa” itu menarik minat pengunjung termasuk
pelancong asing bagi melihat sendiri 100 spesies reptilia itu secara
dekat.
Pameran itu diadakan sebulan bermula 6 Mei lalu.
Pengarah Muzium Negeri Kedah, Suhaidi Shukri, berkata, pameran itu
bertujuan memberi pengetahuan kepada masyarakat mengenai ular dan
anatominya, cara berhadapan dengan risiko dipatuk ular dan perubatan
berasaskan reptilia itu.
Beliau berkata, pelawat bukan saja mendapat maklumat mengenai ular
tetapi berpeluang memenangi pelbagai hadiah melalui aktiviti diadakan
seperti kuiz.
“Antara hadiah menarik yang kami sediakan termasuk termasuk televisyen LCD dan basikal.
“Lebih menarik, pameran turut disertai ratu ular negara, Puteri Nur
Ariyani Saiful Yazad yang tinggal bersama 100 ular tedung dalam bilik
kaca.
“Nur Ariyani akan bersama suaminya membuat pertunjukan bermain dengan ular-ular berbisa di sebelah malam,” katanya.
Di samping menghiburkan penonton, mereka turut memberikan petua berguna
apabila berhadapan dengan ular dan saat kecemasan apabila dipatuk
reptilia itu.
Aksi mereka yang mendebarkan membuatkan penonton teruja dan terleka.
Malah, celoteh mereka bersama penonton yang dijemput ke atas pentas menggamatkan suasana di dewan tersebut.
Rata-rata pengunjung ditemui amat berpuas hati dengan pameran “Bisa
Berbisa” ini walaupun dikenakan tiket masuk RM4 bagi dewasa dan RM2
untuk kanak-kanak.
Waktu lawatan sehingga jam 10 malam memberi peluang ibu bapa yang bekerja hadir bersama-sama anak mereka di sebelah malam.
Usaha dilakukan Muzium Negeri Kedah membuahkan hasil positif kerana kehadiran pengunjung setiap hari amat memberangsangkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Anda mungkin meminati
-
Di bulan Ramadan ini, pelbagai juadah istimewa dan unik boleh dilihat sedangkan pada bulan lain, ia tidak boleh diperoleh. Bagi pengge...
-
BAGI pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) yang melewati bandaraya Ipoh, Perak pasti terpandang papan tanda atas puncak bukit yang te...
-
Teks dan Gambar Mohd Sharumnisham Shahbudin KEDAH mempunyai beberapa perkampungan homestay yang diiktiraf Tourism Malaysia, antara yang ...
-
Tu dia,,,,yang asli,,terus dari pokok Minum air nira nipah sudah menjadi tradisi bagi masyarakat di Kedah. Salah satu lokasi utama pen...
-
Bandar Diraja Kuala Kangsar memang ter-kenal dengan produk kraftangan labu sayong dan juga bangunan-bangunan yang tinggi nilai sejarahnya...
No comments:
Post a Comment