Sunday, June 30, 2013
Saturday, June 29, 2013
Sunday, June 23, 2013
Jom Makan di BBQ Steamboat


Kini,
jika berada di Bandaraya Alor Setar dan berkeinginan menikmati hidangan
steamboat, singgahlah ke BBQ Steamboat yang terletak enam kilometer dari pusat
bandar.
Konsepnya
yang santai dan terbuka menarik perhatian pengunjung dari pelbagai lapisan.
Tambahan pula, perkhidmatan wifi percuma yang disediakan menjadikan ia lokasi kegemaran golongan remaja.
Menurut
pemiliknya, Puan Noraini Sulaiman, konsep steamboat ini timbul setelah
memerhatikan di Alor Setar belum ada ada restoren stemboat, kebanyakannya
adalah masakan Thai dan nasi kandar. Usaha beliau mencubanya setahun lalu tidak
sia-sia kerana saban malam, semua meja yang mampu memuatkan hampir 200 orang pelanggan
sentiasa penuh. Malah, menjelang malam minggu atau cuti umum, ramai yang
terpaksa pulang hampa tiada lagi meja yang kosong.
Dengan
membayar RM 17 untuk dewasa dan RM 10, para pelanggan boleh memilih sesuka hari
pelbagai bahan untuk menyiapkan sendiri juadah mereka. Terdapat pelbagai jenis makanan
laut, daging, ayam yang diperap dengan macam-macam cara dan sayur-sayuran yang boleh dipilih bersama sup
ayam atau tomyam berserta nasi goreng mee goreng sedia menanti pengunjung.
Sesuai
dengan slogannya “Makan Sampai Puas”, dengan membayar harga tersebut, pelanggan
boleh makan apa sahaja sehingga restoren menutup operasinya pada jam 12 malam Lebih
menarik, para pengunjung dapat menyediakan sendiri air batu campur mereka
mengikut citarasa masing-masing. Kanak-kanak pula pasti suka dengan aiskrim
pelbagai perisa yang turut disediakan secara percuma di sini.
Di
samping itu, menjelang bulan Ramadhan ini, pihak BBQ Steamboat turut
menganjurkan pertandingan fotografi pelanggaan yang pernah ke sini dan
hadiahnya semestinya dapat berbuka puasa secara percuma di sini bersama
keluarga.
Dengan tempat kereta yang luas dan lokasinya
yang berhadapan Hospital Sultanah Bahiyah, menjadikan BBQ Steamboat ini mudah
untuk dikunjungi. Andainya anda berhasrat untuk datang bersama keluarga atau
rakan-rakan terutama untuk meraikan sesuatu, eloklah membuat tempahan meja
terlebih dahulu akan kehadiran anda nanti tidak akan mengecewakan anda
sekeluargaWednesday, June 5, 2013
Pai Koh Samui

Tetapi masih ada lagi destinasi-destinasi
yang masih lagi terpelihara dan sesuai untuk lokasi percutian, sama ada untuk
berbulan madu ataupun bercuti bersama keluarga. Koh Samui misalnya, masih kekal
dengan keindahan alam semulajadinya yang amat memukau.
Kebiruan air lautnya dan kepelbagaian rupa
bentuk muka buminya menjadi tarikan utama pelancong seluruh dunia untuk ke
sini. Pantai Chaweng, Lamai, Bophut dan Maenam adalah pantai yang popular di
Koh Samui. Pengunjung akan terasa damai dan tenang menyaksikan pasir yang
memutih dan angin laut yang begitu menyegarkan di samping melihat kapal-kapal
layar dan bot-bot yang berlabuh di laut yang begitu jernih.
Selain itu, kuil Buddha seperti Big Buddha
dan mayat sami besar Buddha, Loung Pordoeng yang meninggal dunia 20 tahun
dahulu yang dipamerkan turut menjadi salah satu tarikan utama pelancong.

Satu lagi tarikan populardi Koh Samui ini
ialah Namuang Safari Park. Di sini kita berpeluang menunggang gajah yang akan
membawa kita ke air terjun setinggi 80 meter. Gajah-gajah yang jinak ini mudah
didekati dan pelbagai gelagat dapat dilihat apabila kita menghulurkan pisang
untuk gajah-gajah ini makan.
Koh Samui juga terkenal dengan gugusan
pulau yang begitu indah di Angthong National Marine Park. Untuk ke sini,
pengunjung perlu mengambil pakej sehari yang disediakan oleh agensi-agensi
pelancongan. Pengunjung akan dibawa untuk snorkelling,
berkayak dan juga melawat gua-gua yang ada di pulau-pulau ini. Pastinya,
lawatan ke taman laut akan memberikan kenangan seumur hidup kepada kita.
Untuk berkunjung ke Koh Samui, terdapat
dua kaedah, iaitu dengan kapal terbang yang akan mendarat di Lapangan Terbang
Koh Samui, atau melalui jalan darat yang akan menggunakan feri yang bertolak
dari Donsak, Surrathani.
Sememangnya pelbagai destinasi dan
aktiviti dapat dilakukan sepanjang berada di Koh Samui. Dan perancangan perlu
dilakukan dengan teliti agar tarikan-tarikan utama ini di sini tidak terlepas
dari tentatif lawatan, terutamanya bagi mereka yang melancong tanpa mengambil
mana-mana pakej lawatan.
Monday, June 3, 2013
Pai Danok!

.jpg)
Sesuai
sebagai lokasi transit pelancong untuk ke lokasi percutian bertaraf dunia
seperti di Koh Samui, Krabi ataupun Hatyai, Danok menyediakan pelbagai kemudahan
dan barangan untuk dipilih dan dibeli. Pakaian sukan, pakaian wanita,
buah-buahan dan beras Siam amat mudah didapati dan sekiranya pandai tawar
menawar, pasti kita dapat memperolehi dengan harga yang amat murah. Lebih
menarik, kesemua peniaga di sini mampu bertutur dalam Bahasa Melayu.
Tetapi,
bagi yang berminat untuk membeli beras di sini, pastikan membelinya pada had 10
kilogram sahaja seorang kerana itulah had yang ditetapkan oleh pihak berkuasa
Malaysia untuk menyekang aktiviti penyeludupan.
Memandangkan
pintu sempadan Malaysia ditutup pada jam 12.00 tengah malam, adakalanya
pelancong yang tidak sempat untuk daftar keluar sempadan pada waktu tersebut
akan memilih untuk bermalam di sini. Hotel-hotel juga semakin banyak dibina dan
hargan biliknya pula tidak begitu mahal.
Di
samping aktiviti perniagaan barang-barangnya, Danok juga terkenal dengan
makanan-makanan tradisi Thai dan kebanyakannya dijual oleh orang Islam dan
semestinya halal. Pulut ayam, pulut bersama mempelam dan tomyam yang amat
membuka selera banyak dijual di restoren dan gerai-gerai di sekitar pekan. Apabila
tiba waktu malam, lebih banyak gerai-gerai makanan halal dibuka dan tidak
menjadi masalah kepada pengunjung beragama Islam untuk menjamu selera pada
waktu malam. Malah, ada penduduk di utara semanjung kerap ke sini semata-mata
untuk menikmati hidangan makanannya sahaja.
Sekiranya
ingin berkunjung ke Thailand mahupun mahu pulang ke Malaysia melalui pintu
sempadan Bukit Kayu Hitam, pastikan anda singgah dahulu ke pekan Danok ini
untuk membeli-belah ataupun menikmati juadah-juadah yang lazat yang terdapat di
sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anda mungkin meminati
-
Di bulan Ramadan ini, pelbagai juadah istimewa dan unik boleh dilihat sedangkan pada bulan lain, ia tidak boleh diperoleh. Bagi pengge...
-
Tu dia,,,,yang asli,,terus dari pokok Minum air nira nipah sudah menjadi tradisi bagi masyarakat di Kedah. Salah satu lokasi utama pen...
-
Bandar Diraja Kuala Kangsar memang ter-kenal dengan produk kraftangan labu sayong dan juga bangunan-bangunan yang tinggi nilai sejarahnya...
-
Pekan Danok amat popular sebagai pintu masuk utama ke negara Thailand. Kedudukannya yang berjiran dengan Bukit Kayu Hitam di penghujung...