Wednesday, March 20, 2013
Wednesday, March 13, 2013
Cabaran ATV di Bukit Kemensah
Apakah perancangan anda hujung minggu ini?
Jika masih lagi tiada sebarang aktiviti yang direncanakan, berkunjunglah ke
Bukit Kemensah, Hulu Kelang. Di sana, kita boleh mencuba aktiviti mencabar yang
menjanjikan pengalaman yang baharu, iaitu menunggang ATV di Bukit Kemensah
Adventure Park.


Trek di sini begitu mencabar dengan pelbagai
halangan termasuk laluan di bawah pokok balak yang tumbang dan melalui titi
buluh di kawasan yang masih lagi diwartakan sebagai hutan simpan. Menariknya,
penunggang berpeluang berhenti di satu
kawasan air terjun yang digelar Air Terjun Sofia Jane untuk mandi-manda dan
berehat. Permandanganya yang indah dan mendamaikan pasti menghilang penah lelah
penunggang yang berhempas pulas untuk sampai ke situ.
Bagi Faisol Ahmad, 37, beliau selalu ke sini
untuk bersantai bersama teman sepejabat.

Untuk mereka yang tidak pernah menunggang
ATV ini, anda tidak perlu khuatir kerana anda akan diberi taklimat oleh
jurupandu yang berpengalaman dan akan diiringi sepanjang perjalanan. Malah, setiap penunggang diberi peluang
menyesuaikan diri dengan ATV masing-masing sebelum perjalanan dilakukan.
Oleh itu, bagi yang berkelapangan dan mahu
mencuba sesuatu yang baharu, cabarlah keberanian dan ketahanan fizikal dan
mental anda dengan menakluki Bukit Kemensah ini dengan ATV.
Wednesday, March 6, 2013
Mari Menari di Taman Budaya Sarawak
Namun, dengan wujudnya Taman Budaya
Sarawak di Kuching, pelancong-pelancong berpeluang menghayati dan memahami adat
resam dan cara hidup seharian etnik-etnik utama di Sarawak dalam beberapa jam
sahaja.
.jpg)
Di setiap rumah berkenaan, pelbagai
aktiviti harian etnik tersebut dapat dilihat dan dipelajari. Misalnya,
pengunjung berpeluang menyumpit di Ruman Penan dan menyaksikan proses tenunan
kain kumbu di Rumah Iban. Rumah-rumah ini juga menjual makanan tradisi mereka
seperti sagu dan kuih kapit.
Persekitaran yang indah berlatarbelakangkan Gunung Santubong dan
tasik yang tenang airnya mendamaikan lagi sesiapa sahaja yang berada si sini.
Tetapi untuk melihat persembahan
kebudayaan di dewan utama, pastikan kita berada pada masa yang betul kerana
persembahan akan diadakan pada jam 11.30 pagi dan juga 4.30 ptg.
Bagi Nasrunsafarin Ahmad Razi dari Kedah,
beliau amat teruja apabila turut sama dipelawa untuk menari di atas pentas
bersama penari-penari kebudayaan tersebut.
Walaupun dikenakan tiket sebanyak RM 60
untuk dewasa, ia tidak menjadi penghalang pelawat untuk mengunjunginya.
Sekiranya anda mempunyai kad pelajar, tiketnya cuma RM 15
Malah, saban tahun, Taman Budaya ini
menjadi tumpuan dunia kerana menghimpunkan pemuzik seluruh dunia dalam acara
Rainforest Music Festival yang tahun ini dijadualkan berlangsung pada bulan
Jun.
Justeru, sekiranya kita bercuti di
Kuching, pastikan “Muzium Hidup” ini termasuk dalam senarai lawatan kita agar
dapat mengenali budaya etnik Sarawak dengan lebih dekat.
( Harian Metro 7/3/2013 )
Subscribe to:
Posts (Atom)
Anda mungkin meminati
-
Di bulan Ramadan ini, pelbagai juadah istimewa dan unik boleh dilihat sedangkan pada bulan lain, ia tidak boleh diperoleh. Bagi pengge...
-
Tu dia,,,,yang asli,,terus dari pokok Minum air nira nipah sudah menjadi tradisi bagi masyarakat di Kedah. Salah satu lokasi utama pen...
-
Bandar Diraja Kuala Kangsar memang ter-kenal dengan produk kraftangan labu sayong dan juga bangunan-bangunan yang tinggi nilai sejarahnya...
-
Pekan Danok amat popular sebagai pintu masuk utama ke negara Thailand. Kedudukannya yang berjiran dengan Bukit Kayu Hitam di penghujung...